kecewa ?? terluka ?? patah hati ??
aku sebenarnya telah lama merasakan semua itu
walaupun aku sendiri kurang pasti bila
mungkin sejak kenyataan itu terbongkar buat pertama kali
atau mungkin sejak kebenaran sebenar terdedah
yang pasti semakin hari kekecewaan itu semakin menguasai diri
hingga aku akhirnya mula putus asa
ternyata aku tak lagi mampu untuk terus berdusta pada hati .. jiwa sendiri
aku lelah ..
aku letih ..
aku penat ..
aku kecewa ..
kau sanggup menipu dalam menjalin persahabatan
semata-mata demi kepentingan sendiri
kau sanggup mengkhianat demi kepuasan sendiri
asalkan impian kau tercapai
sedikit pun tak kau fikirkan hati orang lain
termasuk orang yang paling menyayangi dan mengasihi kau tanpa mengharapkan balasan
yang telah berpuluh tahun mencurahkan kesetiaan dan kepercayaan tanpa batasan
itu pun tidak kau hargai
kejamnya kau
ternyata kau sebenarnya seorang yang pentingkan diri sendiri
dan ternyata kau lebih bersifat keakuan berbanding aku sendiri
aku benci sifat kau yang satu itu
aku benci !!
AKU BENCI !!

No comments:
Post a Comment