AMARAN:

ini tempat aku meluahkan apa yang tak dapat diluahkan
tempat aku lari dan bersembunyi dari realiti
juga tempat aku menjerit pada diri sendiri

-ini aku yang orang lain tak tahu-


".. love me, and you'll get hurt .. trust me, and you'll get betrayed .."
-Anonymous-

bukan mahuku

jujurnya tak pernah sekalipun aku pinta untuk berada di sini;
dalam situasi ini 

tapi kerana penipuan kamu aku kini terjerat dalam dilema yang tak berpenghujung 
bagaimana harus aku berhadapan dengan manusia
terutama sekali dia yang begitu menyanjungi kamu 

aku gembira 
ya .. aku bahagia mengenali kamu 
aku juga bahagia mengenali dia 
tapi bagaimana untuk aku terus bahagia jika aku perlu menipu sekeping hati yang tak berdosa 

sampai bila harus aku begini 
dihantui rasa bersalah yang tiada berkesudahan 

aku kecewa 
aku benci
aku benci pada diri sendiri 

 kerana tak mampu untuk melepaskan apa yang sepatutnya aku lepaskan sejak lama dahulu

No comments: