AMARAN:

ini tempat aku meluahkan apa yang tak dapat diluahkan
tempat aku lari dan bersembunyi dari realiti
juga tempat aku menjerit pada diri sendiri

-ini aku yang orang lain tak tahu-


".. love me, and you'll get hurt .. trust me, and you'll get betrayed .."
-Anonymous-

peperangan dalam jiwa

watak:
- kasih (K) ~ seorg yg penyayang dan sangat memahami
- nafsu (N) ~ seorang yg sangat pentingkan diri sendiri dan suka memaksa

lokasi: sebuah taman jiwa yg celaru

.. bermulanya suatu kisah ..

K:
sayang ..
aku sangat sayang kamu
aku takkan paksa kamu
aku janji .. aku akan sentiasa fahami kamu
N:
sayang ..
aku sangat sayang kamu
aku mahu kamu bersama aku
walau apa pun berlaku
aku tetap mahu kamu!
******************************

BABAK 1 - kamu ingin pergi atas suatu tanggungjawab penting

K:
sayang..
aku mengerti hidup kamu
aku faham tanggungjawab kamu
jangan risau sayang
kamu pergilah
aku akan setia meninggu kamu

N:
sayang..
aku ingin kamu di sini
aku mahu kamu sentiasa bersamaku
jangan pergi walau seketika
tetap berikan aku masa
walau kamu sibuk sekalipun

******************************

BABAK 2 - kamu senyap tanpa berita buat beberapa ketika

K:
tak mengapa sayang
aku tahu kamu sibuk
aku mengerti keadaan kamu
jadi aku kan tetap setia menanti
kerana aku sayang kamu

N:
sayang..
kamu di mana??
kamu janji akan sentiasa ada
tapi mana janji-janjimu??
sudah hilangkah kasihmu padaku??
di mana kamu kini??

******************************


dan begitulah seterusnya..
peperangan berterusan dalam diri
hingga minda jadi keliru

antara Kasih dan Nafsu
mana yg harus diutamakan??

akhirnya Kasih terpaksa undur diri
demi menundukkan Nafsu yg tak pernah mahu mengalah

kerana Kasih yakin
kemenangannya tercapai apabila ia mengalah



No comments: