AMARAN:

ini tempat aku meluahkan apa yang tak dapat diluahkan
tempat aku lari dan bersembunyi dari realiti
juga tempat aku menjerit pada diri sendiri

-ini aku yang orang lain tak tahu-


".. love me, and you'll get hurt .. trust me, and you'll get betrayed .."
-Anonymous-

tentang rasa

sejujurnya
seumur hidup ini
belum pernah aku rasakan
rasa kasih dan sayang yg begitu dalam pd seseorg

inilah pertama kalinya aku merasakan semua itu

rasa ini buat aku gembira
ia buat aku bahagia
ia memberiku erti sebenar kehidupan

mungkin kamu tak tahu
dan takkan pernah tahu tentang rasa ini

tapi aku juga tak mahu kamu tahu
bimbang nanti kan mengganggu hidupmu
biarlah rasa ini menjadi rahsia hati
yg cuma aku dan Dia yg tahu

-------------------------------------
sayang ..
maaf kerana terlalu sayangkan kamu
aku cuma inginkan kebahagiaan untuk kamu
walau itu bermakna aku harus mengorbankan apa yg ku miliki

--------------------------------------
Tuhan ..
ampuni aku kerana terlanjur menyayangi dia

aku mohon
jangan buang rasa ini dari hati aku
jadikan ia sebuah rasa yg indah
restui ia setiap waktu

aku mohon
tolong jaga dia selalu
bahagiakan dia bersama orang-orang yg dia sayang
kerana aku sangat sayangkan dia

No comments: