AMARAN:

ini tempat aku meluahkan apa yang tak dapat diluahkan
tempat aku lari dan bersembunyi dari realiti
juga tempat aku menjerit pada diri sendiri

-ini aku yang orang lain tak tahu-


".. love me, and you'll get hurt .. trust me, and you'll get betrayed .."
-Anonymous-

tolong ingatkan aku

tolong ingatkan aku
bahawa cinta itu bukan milikku
daerah itu bukan tempatku sejak dahulu

tolong ingatkan aku
bahawa aku hanya watak ketiga
dalam kisah cinta segitiga

tolong ingatkan aku
yg indah ini cuma mimpi
yg tak mungkin menjadi realiti
kerana tempatku bukan di sini

tolong ingatkan aku
bahawa aku hanya pengembara
yang singgah sementara cuma
dan akhirnya harus pergi jua

tolong ingatkan aku
akan cinta Dia yang lebih bermakna
agar aku takkan kecewa dan terluka

tolong ingatkan aku
bahawa aku bukan siapa-siapa
aku hanya seorang aku yg tak pernah sempurna

tolong ingatkan aku
kerana aku hanya manusia
yg seringkali terlupa kerana terleka

1 comment:

Pembunuh Tanpa Bayang said...

tolong ingatkan aku juga karena sesungguhnya aku juga bukan seorang yang sempurna.....