AMARAN:

ini tempat aku meluahkan apa yang tak dapat diluahkan
tempat aku lari dan bersembunyi dari realiti
juga tempat aku menjerit pada diri sendiri

-ini aku yang orang lain tak tahu-


".. love me, and you'll get hurt .. trust me, and you'll get betrayed .."
-Anonymous-

mutiara yg hilang

 ia umpama sebiji mutiara indah
dalam kotak perhiasan permata
sinarnya berkilau memberi cahaya
menerangi setiap detik yg kelam

namun kini ..

semakin hari ia semakin hilang
tenggelam dalam bingitnya dunia
sinarnya kian pudar .. letaknya kian rapuh
dalam kalut manusia yg mengejar nama

tanpanya ..
sepi sentiasa menemani
resah setia menanti
dia sesat dalam diri 

siapa aku?? di mana aku?? apa mahu ku??
namun tiada jawapan yg ditemui

lalu hati pun merintih
dalam sepi .. dalam sunyi .. dia sendiri


"Cinta .. aku rindu Kamu ~~ Cinta .. aku rindu kasihMu. 
Cinta .. bawa aku kepadaMu ~~ Cinta .. jangan lepaskan aku ~~ Cinta .. jangan tinggal aku sendiri.  
Cinta .. genggam erat tanganku ~~ Cinta .. pimpin aku semula ~~ Cinta .. aku gelisah tanpa kamu.  
Cinta .. mohon bantulah aku"

".. aku tanpa CintaMu ..
.. bagai layang-layang terputus tali .."

No comments: