AMARAN:

ini tempat aku meluahkan apa yang tak dapat diluahkan
tempat aku lari dan bersembunyi dari realiti
juga tempat aku menjerit pada diri sendiri

-ini aku yang orang lain tak tahu-


".. love me, and you'll get hurt .. trust me, and you'll get betrayed .."
-Anonymous-

manusia bodoh

terluka .. sakit hati .. kecewa

perlukah kau berlakon begitu??
kenapa kau berpura seolah ada sayang dan rindu
padahal sebenarnya tiada apa-apa

perlukah kau ucap segala janji dan kata-kata indah
jika dalam hati tiada niat sedetik pun

susah sangatkah untuk berterus terang??

ya, aku tahu kau pelakon hebat
kau bijak bermain kata
tak siapa boleh tandingi kau
tak siapa dapat tewaskan kau
kau boleh tipu siapa sahaja kau suka

dan aku juga sedar aku bodoh
aku tahu aku naif
sebab itu dengan mudah kau permainkan aku
dengan mudah kau tipu aku
sepertimana mereka di luar sana memperlakukan aku

tapi aku juga manusia

mungkin aku tak layak menyayangi dan merindui
tapi salahkah aku bermimpi
untuk menyayangi seseorang walau hanya dalam sepi



untuk kau:
jujurlah bila rasa itu memang tiada
aku lebih rela menjadi perindu sepi
daripada dipermainkan begini


untuk aku:
aku rasa memang akulah manusia paling bodoh di dunia
tak cukup diperbodohkan oleh orang lain, memperbodohkan diri sendiri pula
diam dan membiarkan saja diri diperbodohkan
bukankah bodoh itu namanya??


*mood: sangat terluka

3 comments:

Pembunuh Tanpa Bayang said...

kenapa aku terasa?

Phantom Lordaeron said...

Pembunuh Tanpa Bayang,
maaf kerana buat kau terasa.

mungkin itu kerana kau juga manusia biasa. tapi aku tahu kau ada sebab untuk buat begitu.

tapi jangan risau, seorang manusia bodoh takkan pernah berdendam walau separah mana pun luka yg terguris.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

mungkin aku selayaknya di maki begitu,kan?