AMARAN:

ini tempat aku meluahkan apa yang tak dapat diluahkan
tempat aku lari dan bersembunyi dari realiti
juga tempat aku menjerit pada diri sendiri

-ini aku yang orang lain tak tahu-


".. love me, and you'll get hurt .. trust me, and you'll get betrayed .."
-Anonymous-

perhatian yang membunuh

kata mereka
perhatian ada kalanya boleh membunuh
apatah lagi jika diberi oleh yang bukan seharusnya
atau dihadiahkan pada yang bukan selayaknya

dulu ..
aku tidak pasti
apa kau pantas memberikan perhatian itu
atau lebih tepat lagi
apa aku benar-benar layak mendapatkannya
kerana itu
aku cuba menepis segala yang kau beri
aku enggan peduli atas perhatian yang kau curah

tapi ..
siapa pula mampu menepis
andai perhatian yang diberi begitu indah ??
akhirnya aku tewas jua walau masih tidak pasti 

rupanya benar lah bagai dikata
perhatian itu boleh membunuh

sungguh malang dan kecewa
bila mengetahui perhatian yang diberi
rupanya cuma cebisan yang tersesat
yang asalnya milik insan lain

namun sudah terlalu lewat untuk menyedari
bahawa aku bukan orang yang layak

kini aku sudah terlalu selesa dengan perhatian itu
tapi kini juga aku sudah tahu ia bukan milikku
lalu apa lagi harus kulakukan pada perhatian yang masih diterima
melainkan menepisnya jauh-jauh

maaf
bukan niat untuk menolak
tidak terlintas untuk menyakiti
jauh sekali tidak menghargai

aku tahu kau ikhlas
tapi dia lebih layak mendapatnya dibanding aku
kerana dia milikmu sejak dulu
sedang aku seorang pengemis buta cuma
yang tersesat kerana tak nampak jalannya

dan aku harap kau juga sedar kenyataan itu



hakikat :
kau fikir aku mampu menepis perhatian itu
sedang hati sudah terlalu mendambakan ia ??

TIDAK !!

semakin hari hati ini kian rapuh dan pecah
entah sampai bila aku mampu bertahan

1 comment:

Anonymous said...

HAHA!