AMARAN:

ini tempat aku meluahkan apa yang tak dapat diluahkan
tempat aku lari dan bersembunyi dari realiti
juga tempat aku menjerit pada diri sendiri

-ini aku yang orang lain tak tahu-


".. love me, and you'll get hurt .. trust me, and you'll get betrayed .."
-Anonymous-

aku sayu

dulu saya pernah hidup dalam dunia saya sendiri
masa tu saya tak pernah kisah apa orang kata
saya tak peduli apa orang buat kat saya
saya tetap boleh hidup macam biasa

tapi sekarang
hati saya dah jadi macam terlalu lembut
sensitif ... mudah terasa ...

macam hari ni
entah kenapa saya tiba-tiba terasa hati dengan mereka
walaupun perkara tu biasa je
dulu pun mereka selalu buat macam tu
tapi saya tak pernah terasa sangat macam ni

ya saya tahu memang tak macho macam tu
tapi apa lagi saya nak buat?? 
saya dah puas cuba pujuk hati saya
saya dah cuba untuk tak fikir pasal tu
macam yang awak pernah nasihatkan dulu
tapi susah saya nak buat macam tu

saya nak keluar dari dunia saya
saya nak cuba masuk dunia mereka
tapi kadang-kadang saya rasa mereka macam tak nak terima saya
mereka tak pandang pun kewujudan saya
kenapa?? apa salah saya??

walaupun saya tak pernah luahkan
tapi saya tetap sayang mereka
sebab hanya mereka yang pernah saya kenal
dan cuma mereka yang saya ada kat sini

sekarang ni saya rasa sunyi sangat
saya rasa keseorangan kat sini
saya rasa nak menangis... boleh??

3 comments:

Anonymous said...

sebab kamu tak bagi peluang mereka mendekati kamu mungkin?
semua orang mahu dilayan dengan adil. seperti mana kamu melayan mereka, seperti itulah mereka balas layanan kamu.

the dark side of mine said...

Anonymous,

em,mungkin. bukan aku tak mahu tapi aku tak tahu bagaimana utk membuka peluang itu. dah terlalu lama aku berada dlm dunia yg lama itu. dah terlalu terbiasa begitu.

Anonymous said...

Tp skrg dh tau kn?syukur dh ada prubahan,xsmpai staun pn..truskn,gudluck.