hari ini
buat kesekian kalinya
hati itu menangis lagi
hati yang sering dipinggirkan
hati yang kerap merasa dipulaukan
hati itu sebenarnya sangat lembut
walau mungkin terlihat keras dan kaku
ia juga hati yang sama
yang mahu didekati
yang terlalu ingin dirindui
yang sangat ingin merasa disayangi
tapi sekeping hati itu
seringkali dibiarkan sendiri
menyanyi hiba tanpa melodi
sedih .... sepi .... sunyi ....
tanpa sesiapa yang menemani apatah lagi memahami
sekeping hati itu
adalah milik seorang insan malang
dan insan malang itu adalah aku
2 comments:
apa boleh ku kata berat mata memandang berat lagi bahu memikul
brutalsolo:
aku suka komen kau.. thanks..
Post a Comment