AMARAN:

ini tempat aku meluahkan apa yang tak dapat diluahkan
tempat aku lari dan bersembunyi dari realiti
juga tempat aku menjerit pada diri sendiri

-ini aku yang orang lain tak tahu-


".. love me, and you'll get hurt .. trust me, and you'll get betrayed .."
-Anonymous-

kerana aku hanya aku


Semenjak beberapa bulan kebelakangan ni terlalu banyak perkara yang bermain dalam fikiran aku. Persoalan tentang hidup, takdir, kenyataan, dan banyak lagi. Ternyata aku sebenarnya memang hanya seorang insan yang lemah, dan segala yang aku alami ternyata agak berat untuk aku terima. Kerana itu aku buat keputusan untuk menyepi dan bersendiri buat seketika, kerana itu lebih menenangkan bagi aku.

Lebih seminggu merehatkan hati, fikiran dan jiwa dari bingit manusia dan bebanan kerjaya, aku akhirnya menemukan secebis ketenangan yang selama ini seolah hilang dari jiwa aku.

Kini, aku mula membina azam dan tekad baru untuk terus melangkah dalam kehidupan. Prinsip yang selama ini terlepas dari genggaman tanpa sedar akan aku pegang semula, kali ini lebih erat lagi. Aku ingin bangkit dengan semangat dan keyakinan yang baru. Walau apa pun cabaran yang bakal mendatang selepas ini, tekadku akan terus aku genggam hingga ke akhirnya. Sehingga aku tiba ke destinasi terakhir aku, insya-Allah.

No comments: