AMARAN:

ini tempat aku meluahkan apa yang tak dapat diluahkan
tempat aku lari dan bersembunyi dari realiti
juga tempat aku menjerit pada diri sendiri

-ini aku yang orang lain tak tahu-


".. love me, and you'll get hurt .. trust me, and you'll get betrayed .."
-Anonymous-

2012

malam tahun baru yang membosankan
hidup seperti mati
tiada jiwa menyambut tahun baru
tiada azam dibina
tiada impian disulam

dia ..
aku masih terfikirkan dia
setiap detik hanya dia .. dia .. dia .. dia .. 
dan dia lagi ..

dua ribu dua belas
banyak yang aku mahu 
banyak yang aku ingin 
banyak yang aku impi 
tapi semua perlu kekuatan lebih dari yang ada
lebih-lebih lagi bila api yang sekian lama bernyala kian malap disimbah hujan kekecewaan
mana harus ku cari semangat lagi ?? 
apa aku cuma mampu simpan jauh dan pendam dalam-dalam segala keinginan ??

No comments: