telah lama rasa ini kupendam
serasa mahu sahaja aku meluahkan
tetapi bimbang ada yang terluka
lantas kupendam menjadi rahsia
dia satu dalam sejuta
bersama misteri dan rahsianya
bicaranya indah penuh bermakna
tulus hatinya menyentuh jiwa
uniknya dia pada sejarahnya
dari kejauhan ini yang tak terlihat oleh mata
kutitipkan sejuta salam kemaafan kerana tak mampu menahan gelora rasa
akanku simpan rasa ini untuknya
hingga aku pasti dia bukan untukku
biar kuserah segala pada-Nya
andai tertulis aku miliknya
moga bahagia hingga ke syurga
No comments:
Post a Comment