dia umpama sebuah robot hidup
celik tetapi buta
jaga tetapi tidur
jiwanya kosong .. mindanya kabur .. fikirannya beku
hingga hampir hilang warasnya
walau dalam ramai walau dalam hingar
dia tetap sendiri
merenung kosong pada detik yang berlalu
pantas ... dan semakin pantas
namun dia tetap masih di situ
sendiri ... ya, dia sendiri
dalam suatu perjalanan mencari diri
dalam mencari jalan pulang yang kian samar
akankah ada sinar untuknya kembali??
"dia mahu bersama seseorang
dalam pencarian yang baru bermula"
-this one is dedicated for someone,
whom i haven't met just yet-
No comments:
Post a Comment