tembok itu sebetulnya sudah lama terbina
malah semenjak dia mengenal dunia
tembok itu memang sudah ada
lama-kelamaan dia mula merasa
ia merimaskan dan membunuh jiwanya secara perlahan
tembok itu menyekatnya dari melihat dunia
tembok itu menghalangnya dari menyelami realiti
tembok itu menghalangnya memahami jiwa lain
mahu saja dia merobohkannya tapi dia tak tahu bagaimana
kini dia hiba sendiri
kerana dia tak punya sesiapa di sisi
semua kerana tembok keakuan itu yang telah membunuh jiwa halusnya dahulu
'arghhhh .. sial kau tembok bodoh..!!!'
jerit jiwanya yang kini sepi
-tamat-
1 comment:
Tringat lgu "hey you"..hehe.
Post a Comment