AMARAN:

ini tempat aku meluahkan apa yang tak dapat diluahkan
tempat aku lari dan bersembunyi dari realiti
juga tempat aku menjerit pada diri sendiri

-ini aku yang orang lain tak tahu-


".. love me, and you'll get hurt .. trust me, and you'll get betrayed .."
-Anonymous-

lihat pada semalam pandang pada hari ini renung pada hari esok

waktu itu
hatimu putih cantik dilentur 
hidupmu tenang lagi damai

tapi mengapa
semakin hari kau semakin jauh ??
semakin matang kau semakin bodoh ??
ke mana hilang kenaifan yang menggoda suatu masa dulu??

kini semua telah lenyap
ditelan sesuatu yang digelar masa dan dewasa

dewasa kah namanya bila diri semakin bodoh ??
dewasa kah namanya bila hati semakin beku ??

siapa yang kau salahkan kini ??
aku?? dia?? mereka??

kau lah yang terlalu bodoh kerana tak mensyukuri apa yang kau miliki
kau punya segalanya tapi tak pernah berterima kasih
kini hidupmu semakin terumbang-ambing
dan pasti rebah jika ditiup bayu lembut sekalipun


hati yang kosong tetapi penuh adalah sejuta kali lebih baik daripada hati yang penuh tetapi kosong 

orang kata, biarlah hari ini lebih baik dari semalam
tapi bagaimana pula jika semalam itu ternyata lebih baik dari hari ini??
pastikah akan ada esok sebagai pengganti??

aku rindu suatu waktu dulu

4 comments:

Adeqq said...

Salam.

Ikhlas, aku suka penulisan ni. Buat aku tertanya-tanya, kenapa aku tak pernah kenal kau sebelum ni?

Tak perlu salahkan sesiapa atas kebodohan diri. Kerana pastinya kebodahan itu lahir dari hati sendiri. Hati yang sering berperang dengan macam-macam perasaan. Tak hairan kalau kita sering terlepas pandang untuk muhasabah bila fikiran dah berserabut kan?

Makanya, kembali pada DIA. Jangan biar terasa hidup tak dapat diperbaiki. Kerana yang pasti, ESOK pasti akan lebih baik dari SEMALAM.

Oleh itu, mantapkan HARI INI~ ^___^

the dark side of mine said...

Adeqq,

kenapa kau tak pernah kenal aku?kerana aku sendiri memang tak mahu dikenali..

ya,semua berpunca dari hati. hati yg sering keliru,hati yg selalu celaru. tp hati itu juga masih boleh dipandu kan? :)

harap2 masih ada esok utk aku perbaiki diri..

... said...

kata2 ni utk teman atau siapa?

bg aku, kdg2 perlu brsikap kejam dgn org trutama kawan ..

kerana dgn itu, mereka akan berubah ke arah yg lbh baik sbb sakit hati dgn kita .. dan mereka akan ingat kata2 itu, dan akn menidakkan apa yg kita kata sambil cuba buktikan apa yg kita katakan adalah salah..


gudluck dlm mncari diri =)

the dark side of mine said...

green rose,

kata2 itu sebetulnya peringatan utk diri sendiri yg semakin hari dirasakan semakin jauh tersasar.

thanks for all komen.. :)