AMARAN:

ini tempat aku meluahkan apa yang tak dapat diluahkan
tempat aku lari dan bersembunyi dari realiti
juga tempat aku menjerit pada diri sendiri

-ini aku yang orang lain tak tahu-


".. love me, and you'll get hurt .. trust me, and you'll get betrayed .."
-Anonymous-

dia yang masih baru kukenali

 dia satu dalam berjuta
penuh rahsia yang terlalu misteri
menarik aku untuk cuba menghampiri

 bicaranya penuh makna nasihat
masih serius walau kadang terlihat gila
kematangan terzahir dalam setiap butir kata

banyak yang aku pelajari dari dia
belajar menghadapi dunia yang penuh propaganda pura-pura 
belajar menjadi seorang yang matang
belajar menjadi manusia yang benar-benar manusia
semua aku belajar dari pengalaman dia

misterinya si dia
luasnya pengetahuannya
menghantar rasa yang tersendiri dalam jiwa yang sunyi
rasa yang aku tahu tak harus ada
tapi tak mungkin mampu didusta

pada dia yang aku kagumi
aku mohon sejuta kemaafan kerana tak mampu menahan gelora
juga aku minta secebis pengertian
izinkan aku terus mengagumi dalam sepi
walau akhirnya aku tetap begini


walaupun ada masanya kau agak gila kau tetap comel di hati aku 
misteri itu indah
*senyum* 
-untuk kau yang aku kagumi dalam sepi-

2 comments:

Samwan Sambadi said...

Semisteri anda..

Phantom Lordaeron said...

Misteri ke saya? rasa macam tak je.. dia lagi misteri.. dari mula saya kenal dia sampai la sekarang,dia masih lagi misteri..