telah .. kufikir sedalamnya
untuk membuat keputusan
harus aku berterus terang
jujur dalam perbuatan
****
saat semua menjadi indah
tika hati tak lagi gundah
mengapa perlu ada rahsia
yang mampu membunuh segala kemanisan
kejujuranmu membunuhku
namun keikhlasanmu menawanku
sungguh aku lemah dan buntu
Tuhan bantu aku mencari kekuatan
haruskah kuteruskan semua ini??
sayang
kau begitu indah
terlalu sempurna bagi diriku
kutahu itu bukan niatmu
tapi apakan daya kita manusia tak pernah lepas kesilapan
sungguh aku terlalu sayang untuk melepaskanmu
maafkan aku kerana tak mampu
aku masih sayangkan kamu
No comments:
Post a Comment