AMARAN:

ini tempat aku meluahkan apa yang tak dapat diluahkan
tempat aku lari dan bersembunyi dari realiti
juga tempat aku menjerit pada diri sendiri

-ini aku yang orang lain tak tahu-


".. love me, and you'll get hurt .. trust me, and you'll get betrayed .."
-Anonymous-

pudar dan hilang

entah kenapa
semakin hari aku rasa semakin bosan
hati aku seolah-olah dah tak ada rasa
yang tinggal kadangkala cuma rasa geram, marah, bengang, dan rimas dengan segalanya

ke mana perginya semua rasa yang suatu masa dulu pernah aku rasakan??
apakah semuanya telah hilang bersama masa??
atau lenyap bersama musim yang berganti??

mungkin ... benar kata mereka
manusia akan cepat bosan dengan sesuatu 
jika dihidangkan dengan perkara yang sama setiap hari

heh. bosan betul ...

mungkin hakikatnya ... aku memang seorang penipu
tak perlu dipertikaikan
kerana ia memang kenyataan

aku juga pernah katakan pada kau dulu  
 aku memang tiada hati dan tak pernah punya rasa
tapi kau tetap degil
sekarang kau dah nampak kenyataannya ??

padan muka
siapa suruh kau tak endahkan amaran aku


aku telah berjaya membuktikan sekali lagi
bahawa aku masih lagi aku
tahniah untuk aku

No comments: