AMARAN:

ini tempat aku meluahkan apa yang tak dapat diluahkan
tempat aku lari dan bersembunyi dari realiti
juga tempat aku menjerit pada diri sendiri

-ini aku yang orang lain tak tahu-


".. love me, and you'll get hurt .. trust me, and you'll get betrayed .."
-Anonymous-

kenapa kau tak boleh nak faham??!

kadangkala aku rimas dengan kau
yang seolah-olah tidak jemu memujuk rayu aku
aku tahu apa yang kau mahu
tapi apakah kau juga mengerti apa yang aku mahu??

ya aku mengaku
ada kalanya aku lemah juga dengan pujuk rayu itu
aku juga kadangkala mahukan perkara yang sama
ada kalanya aku juga terasa seperti mahu akur sahaja dengan apa yang kau pinta

tapi aku masih punya akal fikiran yang waras
aku masih tahu berfikir apa yang perlu aku utamakan
dan buat masa ini aku masih sedar
apa sebenarnya yang aku mahu

biarlah aku begini buat masa ini
biar aku hidup dengan cara aku sendiri
berikan aku peluang untuk membuat keputusanku sendiri
aku mahu melunaskan impianku yang satu itu
selagi aku masih termampu melakukannya

sudahlah
tak perlu kau racuni fikiran aku lagi
tak perlu kau hasut jiwa aku lagi
aku memang takkan sesekali berganjak dari pendirianku

No comments: