merenung langit lagi pagi ini
sambil menghirup udara pagi
tiba-tiba ternampak sebutir bintang terang
sangat setia mengekori bulan
ohh mungkin bukan bintang sebab tak berkelip
dua objek bercahaya di langit yang semakin cerah
indahnya pemandangan itu
bulan itu adalah kamu
dan aku pula si bintang
walaupun setia mengekori namun tak mungkin dapat bersua
kerana tetap ada jarak yang memisahkan
No comments:
Post a Comment