AMARAN:

ini tempat aku meluahkan apa yang tak dapat diluahkan
tempat aku lari dan bersembunyi dari realiti
juga tempat aku menjerit pada diri sendiri

-ini aku yang orang lain tak tahu-


".. love me, and you'll get hurt .. trust me, and you'll get betrayed .."
-Anonymous-

kerana ia yang pertama

khas untuk kau:

aku rasa kau perlu tahu sesuatu
sebenarnya dah terlalu lambat untuk kau katakan semua tu
kalau kau cakap lama dahulu
sebelum semua tu terjadi
mungkin aku masih boleh terima
tapi sekarang
aku dah terlalu terbiasa 

mungkin agak susah untuk aku lupa
tapi aku akan cuba
yang penting kau tak terluka

cuma satu
aku mahu kau tahu
aku takkan pernah lupakan semua yang berlaku
walaupun sementara ia tetap yang paling manis bagi aku

kerana ia adalah yang pertama

terima kasih kerana menjadi makhluk asing pertama yang sudi mendarat di bulan itu

No comments: